5 Ciri Menarik Pada Samsung Galaxy S21 FE 5G

Diterbitkan pada Mac 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telah masuknya bulan Mac 2022 menandakan suku pertama tahun 2022 akan berakhir tidak lama lagi. Setelah pelbagai telefon pintar diumumkan, pasti banyak pilihan tersedia untuk anda dan Samsung turut menawarkan beberapa model, termasuklah siri FE mereka.

Siri FE terkini adalah Samsung Galaxy S21 FE 5G. Kedengaran ia mungkin bagaikan model telefon tahun lepas akan tetapi, ia tetap hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, malah perisian terkini yang menjamin kelangsungan peranti.

Berikut merupakan 5 ciri menarik pada Samsung Galaxy S21 FE 5G.

Android 12 Dengan OneUI 4.0

Peranti yang baharu dilancarkan seawal Januari 2022 ini jelas sekali turut membawakan pelbagai ciri baharu termasuklah dari segi sistem operasi. Ia dikuasakan oleh Android 12 yang sedia dipasang, dan memberikan kelebihan buat pemiliknya dalam menggunakan sistem operasi paling terbaru dari Google.

Ini kemudiannya dilengkapkan dengan sistem antaramuka OneUI 4.0 yang memberikan lebih banyak kawalan kepada pengguna, disamping memudahkan akses untuk pelbagai fungsi. Dan S21 FE tergolong dalam kelas mercu, jadi ia akan menerima sehingga tiga kemaskini Android, dan kemaskini tampalan sekuriti selama empat tahun.

Skrin 6.4-Inci Dynamic AMOLED 2X Dengan Kelajuan 120Hz

Meskipun digelar Fan Edition, Samsung tidak berkompromi dalam memberikan kelebihan dan kepelbagaian ciri kepada Galaxy S21 FE 5G ini. Ia turut membawakan paparan skrin bersaiz 6.4-inci Dynamic AMOLED 2X. Paparan ini memberikan warna yang cukup terang dan tepat, malah turut menyokong HDR10+.

Tidak cukup dengan itu, paparan skrin yang dilindungi Gorilla Glass Victus ini turut menyokong kelajuan 120Hz adaptif, dan bergantung kepada permainan atau aplikasi yang sedang dijalankan. Bagi permua popular seperti Asphalt 9 atau PUBG Mobile, anda akan dapat bermain permainan ini pada kelajuan yang pantas. 

Ketahanan Air IP68

Salah satu perkara yang harus menjadi piawaian semua pengeluar adalah ketahanan air yang baik pada peranti. Samsung Galaxy S21 FE 5G ini mempunyai tahap ketahanan air IP68, yang mana agak baik dan menepati keperluan penduduk negara kita yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Sekiranya terdapat sebarang kejadian tidak diingini, sekurangnya peranti bersedia dengan keadaan yang basah. 

Sistem Tri-Kamera Dengan OIS 

Diwaktu kesemua pengeluar berlumba-lumba untuk menambah lebih banyak sensor kamera, mungkin tiga kamera mencukupi untuk kegunaan seharian. Kamera utama Samsung adalah terdiri tiga kamera 12MP OIS, 8MP Telefoto dengan 3X Optikal serta OIS, dan juga 12MP Sudut Lebar.

Pujian harus diberikan disini dengan adanya dua kamera beserta OIS yang dapat menjamin gambar yang dihasilkan lebih baik, tanpa gegaran. Malah ia sesuai untuk digunakan baik pada sudut pandang biasa, atau sewaktu melakukan zum optikal, memberikan kualiti pengimejan yang merupakan salah satu kekuatan Samsung.  

Sokongan RAM Plus 4GB

Seperkara penting yang menjadi trend pengeluar peranti sekarang adalah sistem ‘penambahan RAM’ mengikut permintaan pengguna. Terdapatnya ciri RAM Plus pada Samsung Galaxy S21 FE 5G ini memberikan tambahan RAM sebesar 4GB bagi melipatgandakan prestasi peranti ini. 

Pengguna boleh melakukan multi-tugasan dengan lancar, tanpa dihambat sebarang kekurangan prestasi sekaligus meletakkan peranti ini sama handal seperti kelas mercu Samsung, dan layak memegang nama S21. 


Samsung Galaxy S21 FE 5G ini ditawarkan dalam 4 warna iaitu Olive, Graphite, Lavender dan juga White pada dua harga berbeza mengikut saiz iaitu RM 2,888 untuk 128GB, manakala RM 3,099 untuk 256GB. 

Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami