Siri OPPO Reno7 5G Dilengkapi Kamera Bertaraf Mercu Dengan Sensor Sony IMX709 + IMX766

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dinafikan, fotografi adalah suatu hobi yang mahal. Fotografi juga tidak hanya sekadar klik untuk mengambil gambar. Tetapi, ia lebih cenderung untuk memperlihatkan suatu nilai dalam sesebuah gambar yang diambil. Namun begitu, hanya kerana anda tidak mampu memiliki sebuah kamera profesional. Tidak bermakna anda tidak boleh menikmati hobi tersebut. Boleh sahaja, tambahan pula dengan zaman serba model yang kini bertambah maju. Setiap momen indah yang ingin diabadikan sebagai kenangan boleh sahaja dirakam dengan mudah walaupun hanya bermodalkan sebuah telefon pintar.

Siri OPPO Reno7 5G adalah antara peranti pintar yang sangat sesuai buat si pencinta fotografi. Ia juga selari dengan target utamanya yang memfokuskan terhadap keupayaan kamera cukup menarik. Dengan tagline “Portrait Expert” juga jelas menunjukkan bahawa OPPO kini berada di landasan terbaik dalam mempertaruhkan sebuah peranti yang berkait rapat dengan generasi hari ini. Di mana, ia mempunyai prestasi kamera pada tahap yang baik untuk semua keadaan termasuklah dalam pencahayaan rendah.

Bagaimana OPPO melakukannya? Baiklah, OPPO Reno7 Pro 5G didatangkan lengkap dengan sistem Dual-Flagship Camera yang mampu meletakkan prestasi kameranya seumpama sebuah peranti kelas mercu, baik pada kamera utama mahupun swafotonya. Melaluinya, OPPO Reno7 Pro 5G menyokong gabungan dua sensor kamera yang dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony. Ia juga disesuaikan secara ekslusif oleh OPPO dan dibina dengan perkakasan Sony untuk prestasi kamera lebih baik.


Terawal Dengan Sensor Sony IMX709

Sensor Sony IMX709 digunakan pada kamera hadapan, sekaligus menjadi antara peranti pintar terawal yang menggunakannya. Tidak kira sama ada digunakan dalam keadaan pencahayaan terang atau gelap, setiap klik untuk tangkapan gambar atau video swafoto sudah semestinya kelihatan cukup terang dengan butiran yang terjaga.

Digabungkan dengan Algoritma Quadra Binning Propritrari daripada OPPO, sensor RGBW generasi baru pada Sony IMX709 mampu menerima 60% lebih banyak cahaya, pada masa sama mampu mengurangkan hingar sehingga 35% lebih baik berbanding sensor RGGB biasa.

Kelebihan lain turut boleh dilihat dengan adanya teknologi DOL-HDR yang mampu mengatasi masalah dedahan berlebihan pada kawasan terang tanpa kehilangan sebarang butiran pada imej atau video yang diambil. Bukan itu sahaja, sensor juga mampu mencipta efek berlainan dalam sesebuah gambar.

Di mana, sensor mampu mengenal-pasti bilangan individu dalam satu bingkai, kemudian mengaktifkan sensor ultra-lebar dengan sudut pandang cukup luas secara automatik. Ia sangat berguna untuk tangkapan swafoto dengan kelompok manusia yang ramai, di mana semuanya boleh dimuatkan dalam satu bingkai tanpa masalah.


Sensor Sony IMX799 Bertaraf Mercu

Seterusnya, sensor Sony IMX766 pula disertakan pada kamera utama peranti. Ini adalah sensor yang sama digunakan oleh kamera utama 50MP pada OPPO Find X3 Pro sebelum ini. Tidak dinafikan, kami sendiri turut memuji sistem kameranya yang mampu menangkap gambar dengan penghasilan warna semula jadi dan imej yang tajam. Begitu juga dengan sensor IMX766 pada Reno7 Pro ini. Penggunaan saiz sensor sehingga 1/1.56 inci bersama gabungan teknologi All Pixel Omni-Directional PDAF dan DOL-HDR nyata memudahkan lagi proses merakam fotografi potret yang cukup jelas serta terang.

Bercakap lebih lanjut mengenai fotografi potret, secara amnya ia boleh dianggap agak berbeza dan menarik berbanding gaya fotografi lain. Kalau perasan, ia lebih cenderung kepada suatu seni dengan kelainan tersendiri yang memaparkan penekanan terhadap keperibadian dan ekspresi emosi subjek itu sendiri. Dengan siri OPPO Reno 7, seni fotografi potret anda akan menjadi lebih menarik tanpa perlu berhabis wang untuk membeli kamera profesional. Peranti ini sedia lengkap dengan kebolehan Potrait Mode yang terbina untuk kamera hadapan dan belakang.


Tangkap Gambar Bak Profesional

Untuk makluman, OPPO Reno7 Pro 5G didatangkan dengan 50MP + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro), manakala kamera hadapan pula sebesar 32MP. Sementara itu, OPPO Reno7 5G pula mempunyai 64MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera hadapan sebesar 32MP.

Lebih menariknya, siri OPPO Reno7 Pro 5G didatangkan dengan mod potret yang terdapat sehingga 25 saiz aperture di antara F/0.95 hingga F/16 yang membolehkan tahap kabur pada latar belakang di-laras kemudian disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Kemudian, subjek pada imej yang diambil nampak lebih pop.

Tapi, bagaimana untuk mendapatkan fotografi yang menarik? Kami mencadangkan agar anda menggunakan latar belakang yang mempunyai cahaya, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Kalau boleh, sila elakkan latar belakang yang kosong kerana ia akan bukan sahaja mencacatkan gambar. Sebaliknya, gambar juga dilihat tidak mempunyai sebarang nilai estetik untuk diperlihatkan.

Selain daripada gambar statik, kebolehan rakaman video menggunakan siri OPPO Reno7 5G juga tidak kurang hebatnya dan tidak mustahil sekiranya ia menjadi pilihan ramai pencinta fotografi. Dengan fungsi Bokeh Flare Portrait Video, ia menyediakan kemampuan videografi seakan menggunakan kamera profesional dengan hanya satu klik. Ia menarik dengan hasil yang lebih memukau berbanding rakaman yang diambil menerusi fungsi potret biasa.

Tidak kira sama ada digunakan dalam keadaan yang terang atau malap, setiap pencahayaan dapat dikawal dengan baik. Di samping itu, ia turut disertakan dengan efek bokeh cukup cantik di belakang yang mampu membuatkan objek kelihatan lebih menonjol. Ia bukan sahaja memberi kelainan, bahkan aura pada gambar turut mampu mempengaruhi emosi ceria sesiapa jua yang melihatnya. Hasilnya juga kemas dan setiap perincian juga terjaga dengan baik.


Pengecasan Penuh Hanya Dalam 30 Minit

Di samping kebolehan fotografi yang menarik, siri OPPO Reno7 5G turut sama mempunyai prestasi dalaman cukup baik. Terutama sekali, bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Teknologi pengecasan pantas OPPO boleh dikatakan mempunyai kelajuan yang baik, di samping kestabilan cukup kukuh. Melaluinya, ia bukan sahaja mampu memendekkan masa pengecasan, bahkan turut sama membantu kita untuk tidak membuang masa untuk menunggu dengan lama. Misalnya seperti OPPO Reno7 5G sendiri, bateri peranti boleh dicas penuh mencapai 100% dalam masa hanya 31 minit sahaja.

Pada masa sama, peranti juga lengkap dengan antara-muka ColorOS12 berasaskan Android 12 yang mempunyai penampilan lebih kemas, cantik dan ceria. Di samping itu, ia turut sama disertakan dengan sejumlah ciri menarik yang dipertingkatkan untuk penggunaan keseluruhan cukup memuaskan. Antaranya seperti perisian PC Connect yang membolehkan peranti pintar ini dihubungkan secara terus ke komputer riba. Melalui ekosistem ini, kini anda boleh melakukan pelbagai kerja dengan cukup efisien. Selain daripada itu, fungsi Air Gesture pada ColorOS 12 turut membolehkan anda mengawal dan menavigasi peranti tanpa perlu menyentuh skrin.

Menerusi model baharu ini juga, OPPO turut sama menawarkan rekaan peranti yang tampak lebih premium dan moden. Ia cukup menyerlah dengan kemasan warna menarik yang kelihatan anggun, cantik serta bergaya yang sesuai sebagai pelengkap gaya masa kini. Pemilihan kemasan warna juga cukup menarik bagi menjaga nilai eksklusifnya. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu Startrails Blue dan Starlight Black.

Bagi anda yang mahukan gaya kreativiti di luar jangkaan, kemasan Startrails Blue adalah pilihan yang tepat. Peranti lengkap dengan binaan tubuh yang kukuh bersama kemasan unik yang sangat membantu dalam mengelakkan cap jari melekat. OPPO turut sama menyatakan yang mana kemasannya di sini diinspirasikan daripada penampakan hujan meteor. Kelebihan lain turut boleh dilihat menerusi ciri pencahayaan seakan RGB dinamakan sebagai Breathing Light yang terdapat pada lingkaran modul kamera OPPO Reno7 Pro 5G.


Dapatkan Sekarang!

Bagi yang berminat, OPPO Reno7 5G dijual pada RM1,999. Sementara itu, OPPO Reno7 Pro 5G pula berharga RM2,999. Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM1,267 yang terdiri dengan OPPO Enco Buds (RM159) dan beg galas eksklusif OPPO (RM109).

Bukan itu sahaja, berita baik buat ahli My OPPO App, pembelian untuk siri OPPO Reno7 5G akan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai hingga RM999. Ianya terdiri dengan pas masuk ke Genting SkyWorld Theme Park, tiket penerbangan pergi balik Malaysia Airlines, langganan premium VIU selama 3 bulan, baucar Carlo Rino bernilai RM100, langganan pas masuk untuk Celebrity Fitness Club selama sebulan dan banyak lagi!

Untuk makluman semua, siri OPPO Reno7 5G kini telah tersedia di seluruh Malaysia menerusi pengedar sah rasmi OPPO dalam dan luar talian. Maklumat lanjut layari laman web rasmi OPPO Malaysia.

Beli dari Shopee: OPPO Reno7 5G / OPPO Reno7 Pro 5G
Beli dari Lazada : OPPO Reno7 5G / OPPO Reno7 Pro 5G
Beli dari kedai rasmi OPPO : OPPO Reno7 5G / OPPO Reno7 Pro 5G

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami