Netflix Menggantung Perkhidmatan Di Rusia

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix kini menyatakan mereka telah menggantung perkhidmatan penstriman mereka di Rusia. Ini sekaligus akan memberikan kesan terhadap sekitar 1 juta pelanggan di Rusia yang mengakses perkhidmatan penstriman berkenaan.

Netflix mengambil langkah ini disebabkan oleh pencerobohan oleh Rusia, dan peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Sebelum ini, Netflix juga telah menghentikan semua penerbitan dan pembelian kandungan di negara tersebut.

Selain Rusia, beberapa penyedia lain turut telah menghentikan jualan dan penawaran perkhidmatan mereka di negara berkenaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami