Xiaomi Mi Band 7 Dijangka Hadir Dengan Skrin Bersaiz Lebih Besar

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, dalam arena peranti boleh-pakai, salah satu gelang tangan yang popular dan mempunyai pegangan pasaran tinggi adalah Xiaomi Mi Band.

Ia hadir dengan harga yang sangat kompetitif, disamping menawarkan sejumlah ciri-ciri utama yang ditawarkan pada harga lebih mahal oleh jenama lain.

Untuk tahun ini, Xiaomi dijangka akan hadir dengan Mi Band 7 seawal bulan Mac 2022 ini. Mengikut desas-desus awal, Mi Band 7 ini dijanngka hadir dengan skrin bersaiz lebih besar berbanding sebelumnya. Mi Band 6 sebelum ini hadir deengan paparan 152×486 pixel, sementara Mi Band 7 pula dijangka hadir dengan paparan 192×490 pixel.

Mi Band 7 juga dijangka hadir dengan ciri AOD yang memastikan skrin sentiasa aktif bagi memudahkan anda melihat waktu dan informasi lain.

Xiaomi juga mungkin sertakan sokongan penjimatan bateri baharu untuk masa penggunaan lebih lama, selain turut menyertakan sokongan GPS.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Mi Band 7 ini secara rasminya tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami