Cari @ Amanz

Samsung The Freestyle akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini dengan harga RM4999 sebuah. Sebelum ini Samsung Malaysia membuka laman pendaftaran minat untuk projektor pintar yang turut boleh dipasang pada lampu khusus untuk golongan muda.

The Freestyle mampu memaparkan kandungan video pada resolusi 1080P sehingga saiz 100 inci pada dinding. Ia mempunyai pemegang yang boleh memutarkan The Freestyle sehingga sudut 180 darjah. Sebuah speaker pada bahagian belakang pula menawarkan pengalaman audio 360 darjah kepada penonton.

Ia turut boleh dikawal menggunakan pembantu maya Bixby dan hadir dengan sokongan sambungan HDMI serta USB-C. Pancaran dari telefon pintar juga boleh digunakan. Apabila tidak digunakan sebagai projektor, ia juga boleh digunakan sebagai lampu dengan penyesuai untuk disambung seperti sebuah mentol E26.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd