TikTok Menggantung Ciri Muat Naik Video Dan Siaran Langsung Di Rusia Kerana Undang-Undang Media Baru

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah sejumlah besar syarikat-syarikat teknologi dilihat menghentikan jualan barangan ataupun perkhidmatan di Rusia, kini tiba pula giliran TikTok untuk melakukan perkara yang sama.

Perkhidmatan muat-naik video ringkas tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah menggantung fungsi muat-naik video baru dan juga ciri siaran langsung pada aplikasi tersebut untuk para pengguna di negara Rusia.

Menurut laporan daripada Reuters, TikTok dilihat menggantungkan ciri-ciri ini kerana Vladimir Putin, Presiden Rusia baru sahaja meluluskan undang-undang media baru yang akan membolehkan kerajaan tersebut memenjara mana-mana individu selama 15 tahun sekiranya mereka didapati memuat-naik kandungan video yang kerajaan tersebut anggap merupakan berita palsu yang boleh menggugat keamanan negara.

Walaupun begitu, TikTok turut mengatakan bahawa perkhidmatan permesejan dalam aplikasi mereka tidak terkesan dengan undang-undang baru ini. TikTok turut akan menilai perkembangan undang-undang ini dan akan mengemaskini terma pengguna mereka sekiranya diperlukan.

komen


© Amanz / 2022 Kami