Fon Telinga TWS Black Shark Lucifer T4 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM229

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark ialah jenama peranti gaming yang tidak asing lagi. Selain daripada melancarkan siri peranti pintar gaming Black Shark mereka, jenama ini juga dilihat memperkenalkan beberapa aksesori tambahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu gaming pada peranti tersebut.

Terkini merupakan fon telinga TWS Black Shark Lucifer T4 yang bukan sahaja hadir dengan rekaan padat, tetapi juga kualiti audio yang baik dan juga beberapa fungsi tambahan yang menjadikan fon telinga ini pelengkap yang cukup baik untuk peranti Black Shark anda.

Fon telinga ini menggunakan pemandu dinamik 6mm dengan gabungan sambungan nirwayar Bluetooth 5.2 yang menjanjikan kualiti audio yang terbaik tidak kira anda gaming, menonton video ataupun mendengar audio dan dengan lengah masa serendah 45ms sahaja.

Fon telinga ini hadir dengan panel kecil yang boleh disentuh untuk mengaktifkan ciri jeda (pause), main, dan juga menukar mod dari gaming ke music bergantung kepada penggunaan anda.

Dari segi jangkahayat bateri, Black Shark Lucifer T4 juga mempunyai ketahanan bateri 6 jam, yang boleh dicas dengan rangka pengecasan yang memberinya jangkahayat bateri selama 24 jam.

Fon telinga Black Shark Lucifer T4 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga RM229 di kedai atas talian Shopee ataupun Lazada Black Shark Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami