General Atomics Gambit Ialah Dron Yang Direka Untuk Bekerjasama Dengan Pesawat Pejuang

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dapat dinafikan lagi dron ialah masa depan peperangan moden. Di konflik Azerbajian dan terkini di Ukraine, penggunaan dron buatan Turki telah mengakibatkan kemusnahan ratusan kereta kebal, kereta perisai, artileri, radar dan konvoi logistik. Dron-dron yang digunakan ini masih lagi memerlukan kawalan pengendali manusia. General Atomic minggu lalu telah mengumumkan Gambit yang merupakan dron bekecerdasan buatan yang direka untuk bekerjasama dengan pesawat pejuang yang dipandu manusia.

General Atomics Gambit mempunyai kemampuan untuk berfungsi secara kendiri di medan peranti dan melakukan pengesanan, pengenalan dan mencari sasaran bersama dengan pesawat pejuang konvensional. Kerana ia lebih kecil serta tidak mempunyai juruterbang manusia, Gambit boleh melakukan serangan ke kawasan berisiko tinggi dengan lebih selamat.

Seperti yang juga dapat dilihat di Ukraine, penggunaan MANPADS telah berjaya menembak jatuh puluhan helikopter dan pesawat pejuang milik Rusia dengan kos yang lebih rendah. General Atomics sekadar menawarkan dron dengan kemampuan yang sama seperti Kratos dan Loyal Wingman.

Sumber New Atlas

komen


© Amanz / 2022 Kami