Cari @ Amanz

Guna Firefox? Kemaskini Pelayar Web Anda Sekarang, Atasi Masalah Sekuriti Serius Baharu!

Oleh Aman

Link Copied!

Mozilla kini telah mengeluarkan kemaskini sekuriti untuk pelayar web Firefox mereka, mengatasi dua kerentanan sekuriti serius – yang mana digunakan secara aktif dalam serangan siber.

Mozilla mengatakan mengatakan telah ada laporan serangan menggunakan kerentanan berkenaan – namun tidak berkongsi lanjut berkenaan angka pengguna yang terkesan, serta kerugian disebabkan olehnya.

Dua kerentanan berkenaan adalah melibatkan rangka-kerja WebGPU IPC, selain kerentanan melibatkan parameter XSLT.

Bagi anda yang menggunakan Firefox di desktop atau Android, atau menggunakan Firefox Focus, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan mengatasi masalah sekuriti ini.


Komen ()