Apple Sekali Lagi Menekankan “Sideloading” Adalah Berbahaya – Membuka Kepada Penyebaran

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah menulis kepada pihak berkuasa di Amerika Syaarikat, mengatakan sideloading adalah berbahaya, dan membawa kepada penyebaran perisian hasad.

Langkah Apple ini adalah lanjutan daripada pihak berkuasa di Amerika Syarikat yang ingin membawa kepada akta “Open Markets”, yang mungkin akan membuatkan Apple perlu membenarkan aplikasi boleh dipasang secara sideloading.

Bagi yang tidak mengetahui, sideloading membolehkan aplikasi dipasang tanpa melalui kedai-aplikasi. Android sedia membenarkan pemasangan aplikasi menggunakan kaedah sideloading, tetapi tidak bagi iPhone.

Apple sedia mendebatkan yang mana ia akan membuka peluang kepada perisian hasad tersebar – sekaligus membawa kepada bahaya untuk para pengguna mereka yang mengutamakan sekuriti dan privasi.

Selain pengeluar peranti dan sistem operasi, untuk pihak seperti Facebook, dan beberapa pihak lain, mereka inginkan kebolehan memasang aplikasi terus tanpa melalui kedai aplikasi rasmi – dan memberikan lebih alternatif kepada pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami