Samsung telah pun memperkenalkan siri Galaxy S22 pada bulan lepas, dan untuk bulan Mac ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dibawah siri berspesifikasi pertengahan mereka, Galaxy A 2022.
Samsung akan memperkenalkan Galaxy A33, Galaxy A53 dan juga Galaxy A73 – sekaligus menjadikannya sebagai kemaskini pada siri Galaxy A tahun lepas.
Dibawah penawaran telefon pintar Galaxy sendiri, siri Galaxy A adalah yang paling popular, dengan peranti Galaxy A12 dan A52 terjual dengan tinggi – menjadikan ia antara 10 telefon paling popular.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A ini tidak lama lagi.