Covid-19 Telah Meragut Hampir 6 Juta Nyawa Setakat Ini

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sudah memasuki tahun ketiga pandemik Covid-19 yang pada asalnya diramalkan hanya akan kekal selama dua tahun. Menurut data WHO setakat ini, hampir 6 juta nyawa telah diragut oleh wabak yang berjaya melumpuhkan dunia dan memaksa kita untuk membiasakan hidup dengan norma baharu. Secara keseluruhan lebih 440 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus berbahaya ini.

Di Malaysia sebanyak 33,228 kematian dan 3.6 juta kes telah dilaporkan setakat ini. Walaupun wabak masih belum berakhir, ramai yang semakin lalai kerana percaya varian Omicron tidak berbahaya. Malaysia juga kini sudah sedia untuk membuka semua sempadan bagi menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk.

komen


© Amanz / 2022 Kami