HMD Berhenti Hasilkan Telefon Mercu Nokia – Memfokuskan Peranti  Berspesifikasi Asas Dan Pertengahan

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HMD Global kini mengatakan mereka tidak lagi menghasilkan telefon mercu Nokia buat masa ini. Sebaliknya, mereka kini lebih pada memfokuskan dalam menghasilkan peranti berspesifikasi asas dan pertengahan yang baaik.

Dengan langkah ini, kita tidak lagi akan melihat telefon pintar berjenama Nokia dengan spesifikasi tinggi di pasaran. Sebelum ini sendiri, kita sedia melihat Nokia memperkenalkan beberapa telefon pintar berspesifikasi asas – termasuk menjalankan Android Go.

Namun, HMD masih mempunyai cabaran besar pada segmen berkenaan yang kini sedia turut didominasi oleh jenama seperti Realme, Xiaomi, Redmi, malah termasuk Samsung.

Walaupun jenama Nokia sedia dikenali ramai, tetapi ia masih kini menghadapi cabaran dalam mencuri perhatian dan menarik pengguna menggunakannya. Sebelum ini, kita sedia melihat fokus seperti antaramuka asli dan sebagainya, tetapi kini jenama Nokia seperti menyepi, dan sekadar mencuri perhatian kerana masih menawarkan telefon dengan mikro-USB.

komen


© Amanz / 2022 Kami