Cari @ Amanz

Saintis dari Garvan Institute of Medical Research di Australia mengumumkan mereka berjaya mencipta ujian yang mampu mengesan 50 jenis penyakit genetik secara serentak. Antara penyakit yang disahkan boleh dikesan ialah Huntington’s, sindrom fragile X, cerebellar ataxias, myotonic dystrophies, epilepsi myoclonic, penyakit motor neuron dan banyak lagi.

Menerusi ujian DNA ini, pesakit yang menunjukkan simptom boleh mendapat diagnosis dengan lebih pantas. Sebelum ini doktor akan melakukan ujian secara satu persatu yang memakan masa, menyakitkan dan menelan belanja kerana perlu dilakukan berkali-kalis sehingga penyakit sebenar ditemukan. Terdapat kes pesakit mengambil masa berdekad untuk mengetahui penyakit mereka.

Ujian penjujukan DNA menggunakan teknik nanoprena yang digunakan hanya menelan belanja $1000 dan bukanya ratusan ribu menerusi teknik yang digunakan sekarang. Penyelidik berharap ujian yang dibangunkan ini akan digunakan untuk diagnosis pesakit dalam masa 2-5 tahun selepas menjalani proses akreditasi klinikal yang sesuai.

Apa yang telah dilakukan oleh Garvan Institute of Medical Research ini sedikit sebanyak menghampiri apa yang ingin dilakukan oleh Theranos menggunakan mesin Edison mereka sebelum syarikat muflis kerana melakukan penipuan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd