Oppo Find X5 Dan X5 Pro Mempunyai Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tular tiga tahun lalu kamera tersembunyi diletakkan di tandas asrama wanita dan juga bilik Airnb yang disewa. Kerisauan mengenai privasi dan diri dirakam tanpa kebenaran benar-benar menakutkan dengan pelbagai tips diberikan untuk mencari kamera yang mungkin disembunyikan. Bagi mereka yang akan membeli Oppo Find X5 dan X5 Pro, ciri ini akan terbina pada setiap peranti.

Menurut Oppo menerusi laman Weibo mereka, ciri ini adalah terbina di dalam ColorOS 12.1 yang digunakan pada kedua-dua peranti mercu ini. Pengesanan dilakukan oleh peranti yang mencari rangkaian WiFi yang digunakan pada sistem kamera tersembunyi komersial. Dengan mengesan tahap kekuatan WiFi, lokasi kamera kemudiannya dapat dikesan dengan peranti menunjukkan jarak kamera menggunakan grafik di skrin.

Pada awalnya ciri ini akan diberikan kepada Oppo Find X5 dan X5 Pro sebelum ditawarkan juga kepada peranti Oppo yang lain. Bagi yang tidak mahu menanti, terdapat beberapa aplikasi di Play Store yang memberikan ciri pengesanan yang sama.

komen


© Amanz / 2022 Kami