Cari @ Amanz

Android 12L ialah sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk peranti dengan skrin lebih besar seperti tablet dan peranti skrin boleh-lipat. Pagi ini Google berkongsi lebih banyak maklumat mengenai Android 12L yang akan diberikan kelak. Berita paling menarik ialah Samsung, Lenovo dan Microsoft mengesahkan komitmen mereka akan memberikan Android 12L pada peranti keluaran mereka.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Android 12L akan membawakan ciri seperti Taskbar pada bahagian bawah skrin untuk penukaran aplikasi dengan lebih panta. Ini adalah ciri yang telahpun digunakan oleh Samsung pada siri Galaxy Fold mereka. Sokongan memaparkan aplikasi dengan dua lajur dan dioptimasikan untuk skrin besar turut akan diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd