Google Chrome 99 Kini Adalah Pelayar Web Terpantas Pada MacOS – Menewaskan Safari

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini dalam persiapan memperkenalkan Chrome 100 dalam beberapa minggu, dan sebelum itu, kini melalui Chrome 99, Google berjaya mencatatkan rekod tersendiri.

Melalui ujian Speedometer yang disediakan oleh Apple, kini Chrome untuk Mac berjaya mencapai skor sebanyak 300 – iaitu skor tertinggi yang telah dicapai oleh mana-mana pelayar web sehingga ke hari ini pada platform Mac.

Langkah ini juga turut menjadikan Google Chrome lebih laju berbanding Safari – sebanyak lebih 7%. Disamping itu, prestasi grafik juga kini lebih 15% berbanding pelayar web Safari.

Memandangkan Chrome menggunakan enjin pembangunan berasaskan Chromium, maka kita juga akan melihat hasil sama pada beberapa pelayar web lain menggunakan enjin serupa – termasuk seperti Microsoft Edge dan juga Opera.

komen


© Amanz / 2022 Kami