Cari @ Amanz

Sejak Ming-Chi Kuo menyertai Twitter beberapa hari lalu, beliau giat meniriskan maklumat menggunakan akaun tersebut. Terkini beliau berkata Apple sedang membangunkan pengecas 30W baharu yang menggunakan teknologi GaN.

Tambah beliau lagi pengecas ini akan mempunyai rekaan baharu dan mungkin lebih kecil berbanding yang digunakan sekarang. Pengecas 30W Apple pada waktu ini diberikan dengan setiap pembelian MacBook Air dan saiznya agak besar. Sudah tiba masanya Apple menawarkan pengecas GaN kerana Xiaomi telah lama menawarkan produk ini dengan saiz yang kompak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd