Kemaskini BIOS fTPM Untuk Komputer AMD Yang Menghadapi Isu Prestasi Windows 11 Akan Diperkenalkan Pada Bulan Mei

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft memperkenalkan sistem operasi Windows 11 terbaru mereka sekitar tahun lepas, dan dengannya, sejumlah ciri-ciri sekuriti baru yang diperlukan untuk menggerakkan sistem operasi tersebut, seperti penggunaan cip Trusted Platform Module.

Untuk komputer yang menggunakan cip pemprosesan Intel, penggunaan cip TPM 2.0 tidak mempunyai begitu banyak masalah, tetapi bagi mereka yang menggunakan sistem AMD, penggunaan cip fTPM yang terletak pada papan induk komputer-komputer ini dilihat akan menghadapi isu prestasi kerana cip sekuriti tersebut.

AMD sedar akan perkara ini, dan mengatakan bahawa kemaskini BIOS akan diperkenalkan menjelang bulan Mei kelak yang akan memperbaiki isu tersebut. Walaupun begitu, kemaskini untuk masalah ini yang membelenggu pengguna komputer AMD sejak tahun lepas adalah terlalu lambat, dan pihak AMD juga memberi pengguna cip pemprosesan mereka pilihan kedua.

Pilihan tersebut ialah untuk membeli sebuah komponen dTPM (device-Trusted Platform Module) yang akan menggantikan penggunaan fTPM terbina, dan ia dikatakan akan memperbaiki prestasi komputer.

Isu disini ialah modul dTPM ini hadir dengan tanda harga yang agak mahal, dan tidak begitu berbaloi untuk digunakan sebagai pengganti fTPM sementara menunggu kemaskini BIOS daripada AMD.

Buat masa ini, bagi mereka yang menggunakan komputer yang dikuasakan AMD, mungkin lebih baik untuk menggunakan sistem operasi Windows 10 terlebih dahulu sementara menunggu mereka memperbaiki isu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami