Carian
Di Korea Selatan Speaker Siling Ini Digunakan Untuk Menghukum Jiran Yang Bising
March 8, 2022 Effi Saharudin

Saya tinggal di sebuah kondominium dan sepanjang PKP terpaksa berhadapan dengan perangai jiran-jiran yang boleh dikategorikan sebagai anti. Ada yang berkaraoke sepanjang hari dan ada juga yang bertukang. Akibatnya kerja untuk Amanz terganggu kerana rakaman suara untuk video tidak boleh dilakukan.

Di Korea Selatan isu jiran-jiran yang bising ini diselesaikan dengan membeli speaker yang dipasang terus pada siling. Speaker telah dikeluarkan sejak 2016 dan popular di kalang mereka yang duduk di bangunan apartmen. Apabila diganggu jiran yang bising, speaker boleh dipasang dengan kuasa bagi memulangkan paku buah keras. Dengan diafragma yang besar, bunyi yang dikeluarkan bukan sahaja lantang sehingga menembus lantai jiran atas tetapi menggegarkan sehingga perabot di rumah boleh bergerak.

Pemasangan speaker siling ini tidak salah di sisi undang-undang tetapi pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk berbincang dengan jiran untuk menyelesaikan isu. Dengan harga jualan sekitar $150 sebuah, ia mungkin cara paling pasif agresif untuk membalas dendam dengan jiran yang mungkin tidak makan teguran secara baik yang dilakukan selama ini.

Sumber Oddity Central

Komen