Samsung Galaxy F23 5G Kini Rasmi – Snapdragon 750G, Skrin 120Hz, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy F23 5G akhirnya diumumkan secara rasminya di India, sebentar tadi. Ia merupakan sebuah peranti dengan sokongan rangkaian 5G terbina menerusi penggunaan cip Snapdragon 750G. Di samping itu, ia turut sama mengetengahkan beberapa titik jualan utama lain seperti skrin dengan kadar segar semula 120Hz, kamera utama 50MP dan banyak lagi.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy F23 5G lengkap dengan skrin sebesar 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Sokongan memori pula adalah sehingga 6GB RAM dan storan dalaman pula mencapai 128GB. Sementara itu, kapasiti bateri peranti pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 25W.

Turut melengkapinya, sistem tri-kamera utama dengan tetapan 50MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, menjalankan sistem operasi Android 12, pengimbas cap jari di sisi dan sebagainya. Di India, Samsung Galaxy F23 5G dijual dengan tanda harga bermula INR14,999 (~RM816) untuk sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami