Perdana Menteri hari ini mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 kelak. Dengan peralihan ini, ia merupakan langkah dalam membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal.
Walaupun memasuki fasa endemik, orang ramai masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka seperti biasa. Selain itu, pengguna juga masih perlu menggunakan MySejahtera untuk memasuki ke premis.
Namun, beberapa perkara akan berubah, termasuk dari segi waktu operasi premis yang tidak lagi dihadkan dan tertakluk seperti pada lesen (seperti pasca Covid-19).
Pada masa yang sama juga, orang ramai akan dibenarkan makan di kedai dan restoran 24 jam – termasuk untuk bersahur ketika bulan puasa kelak.
Fasa ini adalah proses dalam membolehkan Malaysia memasuki fasa endemik sepenuhnya selepas itu.