Xiaomi 12 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Mac 2022

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini melalui laman sosial mereka mengumumkan bakal melancarkan siri Xiaomi 12 secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada 15 Mac 2022 ini.

Xiaomi 12 merupakan telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi mercu – dilengkapi dengan skrin 6.28-inci AMOLED pada kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, menyokong bateri 4500mmAh dengan pengecasan pantas 67W. Ia turut menyertakan sensor kamera utama 50-megapixel dengan sokongan rakaman video 8K, dan turut menyertakan ciri seperti Dolby Vision untuk audio.

Telefon pintar ini juga turut hadir dengan sistem operasi MIUI13 berasaskan Android 12.

Dengan pelancaran pada 15 Mac ini, ia turut menjadikan Malaysia antara negara terawal pada peringkat global luar China yang menerima telefon mercu ini.

Sama-sama kita nantikan harga jualannya di Malaysia pada minggu hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami