Carian
Apple iPhone 13 Kini Diperkenalkan Dengan Pilihan Warna Hijau
March 9, 2022 Aman

Apple hari ini menambah satu lagi penawaran pilihan warna untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Pro, iaitu dalam pilihan warna hijau.

Apple iPhone 13 dan 13 Pro hadir dengan prestasi yang paling berkuasa di pasaran pada hari ini, termasuk cip Apple A15 Bionic, sokongan rangkaian 5G, selain kebolehan rakaman kamera berkuasa ProRes.

Pilihan warna baharu ini sudah boleh didapati, dan bagi pengguna tempatan sudah boleh membelinya melalui laman rasmi Apple atau pengedar rasmi Apple di Malaysia.

Komen