Cari @ Amanz

Apple Mac Studio Diperkenalkan – Hadir Dengan M1 Ultra, Prestasi 80% Tinggi Berbanding MacBook Pro, Bermula RM16,799

Oleh Aman

Link Copied!

Bersama-sama pengumuman cip Apple M1 Ultra, Apple turut memperkenalkan komputer pertama yang menggunakan cip pemprosesan berkenaan, iaitu Apple Mac Studio, selain hadir dengan panel paparan Apple Studio Display.

Apple Mac Studio hadir dengan rekaan kompak untuk memudahkan ia diposisikan di meja tanpa masalah, selain menawarkan prestasi yang baik melalui penggunaan Apple M1 Ultra.

Apple turut mengatakan ia hadir dengan aliran udara yang baik, sementara penggunaan rekaan cip berasaskan ARM, ia sekaligus menjadikan operasi Mac Studio hampir tidak berbunyi.

Dari segi port, ia menyertakan 4 USB-C Thunderbolt pada bahagian belakang, selain turut dilengkapi dengan sambungan USB-A, HDMI, dan Ethernet. Ia turut menyertakan sokongan WiFi 6 bersama dengannya.

Menariknya, pada bahagian depan, sambungan dua USB-C Thunderbolt disertakan, selain ruangan untuk kad SD.

Apple Mac Studio turut menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding Mac Pro sebelum ini. Ia turut hadir dalam pilihan cip Apple M1 Max atau Apple M1 Ultra.

Dari segi sokongan, Apple Mac Studio menawarkan memori sehingga 128GB RAM, selain storan berasaskan SSD berkapasiti 8TB. Secara kasar, ia mampu menawarkan prestasi sehingga 80% lebih tinggi berbanding Mac Pro.

Di Malaysia, Mac Studio ditawarkan pada harga bermula RM8799 untuk cip M1 Max, sementara dengan cip M1 Ultra pula ia ditawarkan bermula RM16,799.


Komen ()