Apple iPhone SE 5G Berharga Bermula RM2099 Di Malaysia, Pra-Tempah Bermula 18 Mac

Diterbitkan pada Mac 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone SE baharu secara rasminya. Ia hadir dengan cip Apple A15 Bionic, dilengkapi sokongan 5G, menyertakan Touch ID, dan kamera lebih baik.

iPhone SE ini mengekalkan rekaan seumpama model sebelum ini, dan dilihat lebih memfokuskan kepada penambah-baikkan secara dalaman dari segi prestasi dan sambungan selular. Ia turut menyertakan kamera 12-megapixel, selain sokongan kalis air IP67.

Berkongsi lanjut mengenainya, Apple mengatakan iPhone SE baharu ini akan ditawarkan dengan pilihan 64GB, 128GB, dan 256GB pada harga bermula RM2099. Model 128GB pula dijual pada harga RM2299, sementara model 256GB pada harga RM2799.

Pengguna di Malaysia boleh pra-tempah ia bermula 18 Mac 2022 ini, dan mendapatkannya bermula 25 Mac 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami