Cari @ Amanz

Bersama pengenalan sejumlah produk baharu, Apple turut menambah penawaran beberapa aksesori baharu untuk melengkapkan produk mereka. Salah satu yang terbaru ditambah Apple adalah sebuah kabel Thunderbolt 4 Pro.

Kabel ini hadir dengan rekaan bersirat berwarna hitam, hadir dalam pilihan sepanjang 1.8-meter atau 3-meter, dan membolehkan pemindahan data sehingga 40Gb/s.

Kabel ini ditawarkan Apple dalam membolehkan pengguna menghubungkan Mac ke paparan seperti Studio Display. Dari segi harga, kabel sepanjang 1.8 meter dijual pada harga RM649, dan Apple juga bakal menjual kabel sepanjang 3 meter pada harga RM799.

Bagi anda, bagaimanakah harga penawaran kabel Thunderbolt 4 Pro ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd