Apple Studio Display Dijual Dengan Tapaknya Sekali
March 9, 2022
Apple
Effi Saharudin
Monitor Apple Studio Display telah dilancarkan pagi tadi dengan satu ciri yang tidak ditawarkan pada Pro Display XDR. Ia boleh dibeli dengan tapaknya sekali tanpa bayaran tambahan untuk tapak secara berasingan.

Studio Display versi paling asas dijual pada harga RM6999 yang hadir dengan tapak yang tengkuk boleh diubah atau pilihan cagak VESA. Untuk tapak dengan ketinggian boleh diubah pula, ia boleh dibeli pada harga RM8599. Ini menjadikannya jauh lebih mampu milik berbanding Pro Display XDR yang menjual tapak Pro Stand berasingan pada harga RM4499 sebuah.
