Carian
Shell Malaysia Kini Sedia Melengkapkan Lebih 200 Stesen Dengan Panel Solar
March 9, 2022 Aman

Shell Malaysia kini mengumumkan mereka telah sedia melengkapkan 216 stesen minyak mereka dengan panel solar – sekaligus mengurangkan kesan karbon dan juga kebergantungan kepada penyedia bekalan elektrik.

Untuk menjayakan pemasangan ini, Shell telah bekerjasama dengan Cleantech Solar, dan memasang sebanyak 22,505 panel solar secara keseluruhan, dengan kapasiti 10.12 megawatt.

Dengan pemasangan di 216 stesen sedia ada, ia mampu menjana sebanyak 12,939 MWh tenaga elektrik, yang mampu menguasakan 3740 isi rumah untuk setahun.

Shell menyasarkan untuk melengkapkan sejumlah 316 stesen minyak dengan panel solar menjelang penghujung 2022 ini.

Selain penggunaan panel solar, Shell juga telah mula hadir dengan “Shell Mint Hotel”, yang mana turut mempunyai mesin yang kitar semula makanan berlebihan kepada baja, penghawa dingin mesra tenaga, pusat kitar-semula, dan juga sistem pencahayaan pintar. Buat masa ini, terdapat lima stesen seumpamanya, iaitu di Shell Taman Connaught, Shell Damansara Jaya, Shell Mint Hotel, Shell Tangkak Layby dan Shell Alor Pongsu.

Komen