Cari @ Amanz

Semalam kami ada melaporkan bahawa AMD, Intel dan NVIDIA akan memperlihatkan kad-kad grafik terbaru mereka dalam masa beberapa bulan akan datang, dan terkini, sebuah laporan daripada Igor’s Lab mengatakan bahawa Intel akan memperlihatkan siri kad grafik Arc Alchemist mereka sekitar bulan Mei ataupun Jun ini.

Igor’s Lab mengatakan lagi bahawa penundaan pelancaran siri kad grafik desktop pertama oleh Intel bukanlah kerana kad grafik tersebut masih belum siap dibangunkan, tetapi kerana mereka masih mahu memperbaiki mutu perisian pemandu kad grafik tersebut supaya pengguna boleh menerima pengalaman gaming yang terbaik apabila mereka membeli kad grafik tersebut.

Buat masa ini ia masih belum diketahui berapa banyakkah model kad grafik Arc Alchemist yang akan dilancarkan, tetapi untuk pemasaran awal, ia dijangka bahawa Intel Arc A780 dan Arc A580 akan diperlihatkan terlebih dahulu, dimana Arc A780 dikatakan mempunyai klasifikasi prestasi yang sama seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd