Peperangan diantara Rusia dan Ukraine dilihat semakin melarat, dan kerajaan Rusia dilihat telah menghalang akses kepada sejumlah platform media sosial termasuklah Twitter. Di negara tersebut, Twitter dilihat sebagai salah satu platform utama dimana rakyat Rusia boleh mendapatkan berita sahih yang tidak berat sebelah berbanding dengan media kawalan kerajaan tersebut.
Terkini, Twitter dilihat telah bekerjasama dengan Tor Project, sebuah perkhidmatan rangkaian awanama yang boleh membantu pengguna mengakses kandungan yang dihalang oleh perkhidmatan pembekal internet.
Menggunakan Twitter melalui rangkaian Tor ini bukan sahaja membolehkan rakyat Rusia untuk mendapat berita yang tidak berat sebelah, tetapi juga memberi sendiri maklumat sahih tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku diantara kedua-dua negara tersebut.
Twitter bukanlah platform pertama untuk menggunakan teknologi Tor Project untuk membolehkan laman mereka untuk diakses di negara-negara yang tidak membenarkannya, dengan Facebook dan laman berita BBC juga menggunakan teknologi Tor Project untuk memberi lebih ramai pengguna akses kepada kandungan-kandungan di platform tersebut.