Akhirnya, persoalan sudah terjawab. Garmin Malaysia kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti boleh-pakai baharu lagi pada 16 Mac ini. Melaluinya, siri Garmin Instint 2 yang memfokuskan kegunaan untuk aktiviti lasak di luar bakal diumumkan. Ia adalah jam tangan pintar yang menarik kerana lengkap dengan ketahanan bateri tanpa had menerusi bantuan solar.
Penggunaan perkataan siri pada beberapa imej pelancaran yang dikongsi juga jelas menunjukkan akan terdapat lebih daripada satu model yang bakal tiba. Malahan, siri Garmin Instint 2 juga sedia hadir dengan dua model berbeza sewaktu awal pengenalannya di beberapa pasaran luar sebelum ini.
Seperti biasa, penawaran lebih lanjut mengenai ketersediaannya di Malaysia bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemas kini lebih lanjut termasuklah berkaitan harga jualan jam tangan pintar ini.
- Sumber : Garmin Malaysia