Samsung Mengeluarkan FAQ Mengenai Perisian GOS Yang Mengehadkan CPU Dan GPU

Diterbitkan pada Mac 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung dilanda skandal apabila peranti siri Galaxy S10, S20, S21 dan S22 didapati hadir dengan perisian Game Optimizing Service (GOS) yang mengehadkan prestasi CPU dan GPU. Lebih 10,000 aplikasi dalam GOS dihadkan prestasi tetapi aplikasi penanda aras tidak pula tersenarai membuatkan ramai melihat ini ialah cara Samsung mengelat.

Samsung Logo

Mereka telahpun berjanji untuk memberikan kemas kini untuk membolehkan pengguna mematikan GOS di masa hadapan untuk menggunakan prestasi CPU/GPU sepenuhnya. Bagi menjawab persoalan pengguna, Samsung mengeluarkan FAQ rasmi di laman Bahasa Korea mereka yang menyentuh pelbagai aspek GOS. Antaranya ialah pengakuan jika GOS dimatikan aplikasi permua boleh mendapat peningkatan sehingga 10 FPS serta alasan mengapa perisian ini digunakan oleh mereka. Jika anda ingin membaca penjelasan Samsung anda melakukannya menerusi pautan di bawah.

komen


© Amanz / 2022 Kami