Carian
LimeWire Kembali Selepas Hilang Lebih Sedekad – Tetapi Sebagai Portal Dagangan NFT
March 9, 2022 Aman

Bagi ramai yang menggunakan internet dari era awal, semestinya LimeWire bukan suatu nama yang asing. Ia sedia digunakan sebagai perkhidmatan perkongsian fail digital, dan terkenal sebagai destinasi untuk muat-turun lagu, video, perisian dan pelbagai kandungan digital lain.

Namun, pada 2010 lepas, ia telah ditamatkan sepenuhnya disebabkan oleh pelanggaran hak cipta – membuatkan hakim memerintah perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

Kini, selepas lebih sedekad ditamatkan, LimeWire kini dilihat akan kembali semula. Tetapi, berbeza dengan sebelumnya, LimeWire generasi baharu ini akan memfokuskan kepada perkhidmatan jual-beli aset digital NFT.

LimeWire baharu dijangka akan memfokuskan kepada kandungan muzik, membolehkan peminat membeli pelbagai aset digital berkaitan melalui laman berkenaan.

Menariknya juga, ia tidak akan menggunakan nilai kripto, sebaliknya menyenaraikan menggunakan nilai US Dolar. Langkah ini sekaligus dijangka membuatkan perkhidmatan berkenaan mesra lebih ramai pengguna seluruh dunia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kehadiran semula LimeWire ini pada bulan Mei ini, dan adakah ia akan merangkul kembali takhta dalam kandungan digital seperti sebelumnya.

Komen