Nothing Menjadualkan Acara Pada 23 Mac – Adakah Telefon Pintar Baru?

Diterbitkan pada Mac 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing akan mengadakan sebuah acara khas pada 23 Mac hadapan. Imej acah yang dikongsi menerusi saluran media sosial rasmi tidak memberikan sebarang petunjuk apakah yang akan dilancarkan tetapi besar kemungkinan ia adalah telefon pertama Nothing selepas imejnya tertiris beberapa hari yang lalu.

Carl Pei pengasas Nothing telah menghantar ciapan bahawa peranti yang disangka akan dilancarkan mungkin berbeza dari yang disangka. Beliau sebelum ini ada mengatakan Nothing akan melancarkan pelbagai produk dalam masa terdekat selepas kejayaan menjual produk pertama mereka Nothing ear (1) tahun lalu.

Ramai menantikan apakah yang akan dilakukan oleh Carl Pei seterusnya kerana kejayaan awal OnePlus dilihat adalah usaha beliau sebelum syarikat berubah strategi seperti sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami