MIMOS, Maxis dan Huawei Technologies (Malaysia) telah menjalinkan kerjasama untuk membina Hab Inovasi 5G dan kecerdasan buatan. Hab yang terletak di MIMOS ini akan membantu mempercepatkan penggunaan 5G dalam industri, peranti berhubung (IoT), pengkomputeran awanan dan kecerdasan buatan di Malaysia.

Apabila hub inivasi ini beroperasi sepenuhnya, ia bakal menjadi untuk penyelidikan pusat ujian pembangunan serta inkubator untuk penyelesaian inovatif, di mana ia bakal memberi akses kepada perusahaan untuk menggunakan infrastruktur dan kemudahan yang dikuasakan oleh teknologi terkini.
Pusat R&D gunaan nasional, MIMOS akan memainkan peranan sebagai hos dan pemacu inovasi, di mana agensi itu akan menawarkan khidmat nasihat R&D, kemudahan untuk operasi ujian, demonstrasi dan latihan. MIMOS juga akan menyelia penciptaan penyelesaian untuk membantu industri dalam mencapai pertumbuhan yang berterusan.

Sebagai penyedia penyelesaian terkemuka di Malaysia, Maxis akan memperkasakan hab dengan memberikan perkhidmatan rangkaian dan ketersambungan terbaik serta akan berkongsi kepakarannya untuk mempercepatkan dan memupuk inovasi baharu. Maxis juga akan menggunakan kepakarannya untuk menyepadukan penyelesaian yang dibangunkan oleh hab, dengan penyelesaian perusahaannya yang diperkenalkan ke pasaran tempatan.
Sementara itu, Huawei sebagai penyedia teknologi terkemuka akan menggunakan pengalamannya yang luas dalam mengendalikan makmal inovasi, memberi nasihat tentang strategi terbaik global dan berkongsi pengetahuan tentang teknologi dengan rakan ekosistem tempatan. Huawei juga akan membantu membawa inovasi ini ke pasaran global.
Hab ini juga akan menampilkan beberapa pameran termasuk:
- Pembuatan Pintar: Penggunaan 5G untuk penderia dan peranti yang disambungkan di dalam kilang serta seluruh rantaian nilai.
- Perlombongan Data untuk Perkhidmatan Pelanggan: Menggunakan set data yang besar bagi mencipta hasil yang lebih bermakna untuk pengalaman pengguna, seperti kandungan yang diperibadikan.
- Durian Sense: Pelaksanaan penderia IoT dan analisis data raya untuk pertanian pintar.
Perusahaan dan pemain industri boleh melayari www.5g-ai-hub.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hab Inovasi 5G & AI atau untuk menjadualkan lawatan ke hab tersebut.