Carian
iPhone SE 2022 Sah Dilengkapi 4GB RAM
March 10, 2022 Effi Saharudin

Apple iPhone SE 2022 dilancarkan awal pagi semalam dengan rekaan klasik 2016 tetapi komponen dalaman 2021. Dari segi prestasi ia adalah setanding dengan siri iPhone 13 dan iPad Mini yang dijual pada harga yang jauh lebih tinggi. Hari ini iPhone SE 2022 disahkan turut dilengkapi 4GB RAM seperti iPhone 13, 13 Mini dan iPad Mini.

Pengesahan dilakukan oleh laman MacRumors selepas menganalisa Xcode 13.3 Release Candidate. Sebelum ini iPhone SE 2020 hanya dilengkapi 3GB RAM. Dengan peningkatan memori lebih banyak aplikasi dalam disimpan di latar belakang untuk digunakan semula tanpa perlu menjalani proses segar semula. Bagi mereka yang bercadang untuk membeli iPhone SE 2022, mereka tidak perlu risau prestasi peranti adalah lebih rendah berbanding siri iPhone 13.

Komen