Cari @ Amanz

Astro Ulti Box Kini Boleh Digunakan Untuk Menstrim Netflix

Link Copied!

Pada November tahun lalu, pelanggan Astro yang menggunakan Ultra Box boleh menggunakan kotak TV mereka untuk menstrim kandungan Netflix secara terus. Di majlis pelancaran tersebut, Astro berkata ciri yang sama turut akan diberikan kepada pelanggan kotak TV Ulti Box dalam masa terdekat. Hari ini ia akhirnya tiba menerusi kemas kini.

Pelanggan Ulti Box boleh mengakses Netflix menggunakan akaun sedia ada mereka atau menerusi langganan pek Entertainment Plus. Ulti Box ialah kotak TV yang menyokong kandungan sehingga resolusi HD penuh sahaja tidak seperti Ultra Box dengan sokongan 4K. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke laman Astro bagi mendapatkan syarat dan terma lengkap pek.

Sumber : Astro

Komen ()