Cari @ Amanz

Selain daripada Intel, NVIDIA turut memperlihatkan penundaan kepada pengumuman dan pelancaran kad grafik terbaru mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti.

Kad grafik ini, yang dinobatkan NVIDIA sendiri sebagai kad grafik paling berkuasa mereka sepatutnya diumumkan secara rasmi pada penghujung bulan Januari tahun ini, tidak lama selepas acara CES 2022.

Akan tetapi, NVIDIA dilihat menyepi selama hampir dua bulan, dan mengatakan bahawa sebarang pengumuman lanjut mengenai kad grafik tersebut akan diperlihatkan apabila mereka mempunyai butiran lanjut untuk dikongsi.

VideoCardz, laman web tirisan butiran komponen komputer yang terkemuka baru sahaja mengatakan bahawa mereka menerima tirisan maklumat yang mengatakan bahawa pengumuman rasmi mengenai kad grafik tersebut akan diadakan pada 29 Mac ini.

Bukan itu sahaja, tarikh tersebut juga dilihat sebagai tarikh dimana para pengulas komponen komputer boleh mengeluarkan ulasan mereka mengenai kad grafik tersebut, dimana ia bermakna bahawa mereka akan menerima kad grafik tersebut sekitar bulan ini.

NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti dilihat akan menggunakan cip pemprosesan grafik GA-102-350 terbaru, bersama kelajuan GPU asas 1560MHz dan Boost Clock 1860MHz, 24GB memori GDDR6X dengan kelajuan memori 21Gbps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd