Cari @ Amanz

Tiada Lagi Android Beta Untuk Pixel 3a, Kemaskini Terakhir Akan Diedarkan Bulan Mei Nanti

Link Copied!

Google Pixel 3a dan 3a XL adalah peranti kelas pertengahan pertama daripada Google. Peranti ini juga merupakan titik kejayaan untuk rekod jualan Pixel, selepas kegagalan untuk Pixel 3 mencapai sasaran. Namun selepas dilancarkan pada Mei 2019, Julai 2020 peranti ini dihentikan pengeluaran untuk memberi laluan kepada peranti Pixel baharu.

Seperti kebanyakan peranti Pixel, keunikan peranti ini adakah untuk perisian Android asli itu sendiri serta kemampuan kamera yang hebat lebih-lebih lagi mod potret dan HDR. Tahun ini menjadi tahun ketiga peranti ini, iaitu tahun terakhir di mana peranti ini akan diberikan sokongan kemaskini.

Baru-baru ini Google telah mengedarkan kemaskini Android 12 QPR Beta untuk beberapa peranti mereka dan Pixel 3a dan 3a XL tidak lagi disenaraikan. Malah kedua-dua peranti kelas pertengahan ini jika berada dalam versi beta akan menerima kemaskini terakhir versi stabil pada bulan Mac ini tidak lama lagi melalui versi SP2A.220305.012.

Ini bermakna Pixel 3a dan 3a XL tidak lagi akan menerima sokongan versi beta dan sokongan perisian dan Android 12 adalah versi Android terakhir peranti ini. Walaupun begitu, kemaskini tampalan sekuriti akan terus diberikan sehingga bulan Mei nanti – menunaikan janji yang peranti ini akan menerima tiga tahun kemaskini.


Komen ()