Cari @ Amanz

Mac Studio yang dilancarkan oleh Apple dua hari lepas memperlihatkan penggunaan cip pemprosesan Apple M1 Max yang diperkenalkan pada tahun lepas, dan juga Apple M1 Ultra, yang merupakan gabungan dua cip M1 Max dalam pakej.

Mac Studio

Apabila dilihat pada laman spesifikasi peranti Mac Studio ini, model M1 Ultra dilihat hadir dengan berat yang sedikit lebih tinggi berbanding dengan model yang dikuasakan oleh M1 Max. The Verge melaporkan bahawa menurut Apple, ada satu sebab mengapa terdapat perbezaan berat diantara kedua-dua model ini.

Ia adalah kerana kedua-dua model ini menggunakan bongkah penyejukan yang berbeza untuk memastikan tahap penyejukan yang optimal. Model Mac Studio dengan M1 Max dilihat menggunakan bongkah penyejukan yang diperbuat daripada aluminum, manakala Mac Studio yang menggunakan cip M1 Ultra menggunakan bongkah penyejuk yang diperbuat daripada tembaga.

Apple M1 Ultra

Dari segi spesifikasi, kita dapat lihat bahawa cip M1 Max hadir dengan 10 teras fizikal, manakala M1 Ultra pula, yang hadir dengan dua cip M1 Max mempunyai 20 teras, yang mungkin memperlihatkan keperluan menggunakan penyejuk yang lebih cekap mengalirkan haba tersebut.

Ia juga turut memperlihatkan sebahagian mengapa tanda harga untuk Mac Studio versi M1 Max jauh berbeza berbanding dengan M1 Ultra, dimana model pertama dijual pada harga permulaan RM8799 untuk model cip M1 Max dan RM16,799 untuk model M1 Ultra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd