HUAWEI nova 9 SE Cipta Penanda Aras Baharu Dengan Harga Lebih Mesra Poket

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita tahu bahawa konsep sebuah peranti pintar yang baik adalah berbeza mengikut pandangan individu. Sebabnya, ia bergantung kepada keperluan masing-masing. Selari dengannya, HUAWEI Nova 9 SE kini telah diperkenalkan secara rasmi sebagai satu lagi pilihan baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Ia juga lengkap dengan penawaran serba-serbi menarik pada titik harga yang boleh dikategorikan sebagai berpatutan. Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 SE juga dirasakan mampu sahaja memenuhi keperluan untuk kegunaan segenap pengguna. Mengapa? Kami akan menjawabnya dalam artikel ini.


Kamera 108MP Serba Serbi Menarik

Menakjubkan, elegan dan inovatif. Ini adalah tiga kata mudah yang mampu menggambarkan HUAWEI nova 9 SE ini. Mengapa? Sama seperti pendahulunya, peranti pintar ini masih mampu meneruskan tradisi siri nova yang memfokuskan terhadap kebolehan kamera yang baik dengan jayanya. Kelebihan paling ketara ialah kamera utama HUAWEI nova 9 SE yang dilengkapi sensor utama 108MP. Kalau diikutkan, ini adalah peranti milik HUAWEI yang terawal dibekalkan dengan kebolehan sebegini. Lazimnya kita sering mendengar teori yang mengatakan megapixel bukan segalanya dalam menentukan hasil kualiti gambar dan video yang baik. Tetapi, apa yang ditawarkan pada kamera HUAWEI nova 9 SE adalah cukup mengagumkan.

Katakanlah apa yang anda suka adalah memuat-naik gambar dan video yang cantik di media sosial, terutamanya Instagram. Sudah semestinya, HUAWEI nova 9 SE adalah pilihan cukup baik dan jelas sekali, ia juga adalah peranti yang sesuai untuk tujuan tersebut. Kamera utama 108MP yang digunakan memiliki sensor bersaiz 1/1.52-inci dengan padanan perisian cukup baik. Ini sekaligus membolehkan tangkapan gambar yang berkualiti tinggi dengan perincian cukup jelas dapat dihasilkan. Bukan itu sahaja, kamera turut sama dibekalkan sokongan algoritma Multi-Frame Fusion dengan julat dinamik yang luas yang mana sangat membantu untuk proses tangkapan gambar dan video pada tahap yang baik untuk semua jenis situasi.

Ini termasuklah dalam pencahayaan rendah. Di mana, algoritma berkenaan berfungsi secara automatik bergantung kepada situasi semasa, kemudiannya bantu seimbangkan sumber cahaya untuk penghasilan semula gambar dan video yang lebih semula jadi. Dengan ini, anda sudah semestinya tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan bagi menjadikannya sesuatu gambar atau video kelihatan menarik. Proses muat-naik ke media sosial juga menjadi mudah tanpa keperluan proses suntingan yang berlebihan dibuat padanya.

Seterusnya, ia turut digabungkan dengan kamera ultra-lebar 8MP yang sudah semestinya memudahkan tangkapan gambar bersudut luas diambil. Kebiasaannya, penggambaran sebegini sangat berguna untuk tangkapan gambar dengan kelompok manusia yang ramai bagi membolehkan kesemuanya dimuatkan dalam satu bingkai tanpa masalah. Seterusnya, kamera kedalaman dan makro sebesar 2MP turut menjadi pelengkap yang baik. Sungguhpun penggunaan kedua-dua sensor ini adalah minima, tetapi percayalah masih ada pengguna yang menggunakannya terutama tangkapan gambar yang melibatkan segala benda dari tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya.

Kemudian, kebolehan kamera hadapan 16MP pada HUAWEI nova 9 SE juga sama hebat. Ia sejenis kamera bersudut lebar dengan padanan teknologi 4-in-1 Pixel Binning yang semestinya menjaminkan hasil dengan kualiti terbaik. Bukan itu sahaja, kamera swafoto ini turut menyokong fungsi Super Night Shot yang boleh dimanfaatkan untuk tangkapan gambar swafoto dalam situasi kurang cahaya. Senang kata, ini adalah ciri yang dikhususkan buat si penggemar selfie pada waktu malam. Fungsi ini secara automatik mampu mengecam wajah manusia dengan tepat, kemudiannya ia akan mengoptimumkan kesan latar belakang bagi memastikan tangkapan gambar cukup menarik dengan tekstur yang memuaskan.


Rakaman Vlog Semudah ABC

Makanya, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa penghasilan semula imej dan video yang dihasilkan mampu membawa kualiti peranti HUAWEI ini ke tahap seterusnya. Dalam erti kata mudah, pelbagai idea menarik lagi kreatif yang boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan kamera peranti pintar ini. Setiap ciri dan fungsi kamera yang diketengahkan juga cukup menarik bagi membantu mencetus idea-idea fotografi menarik daripada pelbagai konsep.

Contoh paling mudah, fungsi rakaman Dual-View Video yang didatangkan secara terbina membolehkan rakaman menggunakan kedua-dua belah kamera dibuat secara serentak. Kebiasaannya, fungsi sebegini banyak digunakan oleh mereka yang gemar merakam Vlog. Jelas sekali, HUAWEI berada di landasan yang betul dalam mempertaruhkan sebuah peranti serba boleh yang berkait dengan pengguna muda masa kini.


Skrin Dengan Kebolehan Paparan Visual Mantap

Tidak dinafikan, terdapat sesetengah pengguna yang sangat mementingkan prestasi skrin yang baik. Baiklah, HUAWEI nova 9 SE direka serba serbi cukup dengan kesemua keperluan berkenaan. Skrin yang besar bersaiz 6.78-inci FHD+ bersama binaan bezel cukup seimbang sememangnya padanan yang baik. Bukan itu sahaja, sokongan kadar segar semula 90Hz yang responsif terhadap sentuhan turut sama membantu untuk pengalaman penggunaan peranti yang lancar tanpa tersekat. Ini termasuklah penggunaan peranti untuk sesi bermain kebanyakan permainan mudah-alih. Dengan ini, anda semestinya tidak perlu risau sesi permainan tersekat mahupun ketinggalan, boleh sahaja dapat ‘Chicken Dinner’ dengan mudah. Jadi, rasai sendiri keseronokan berganda ini dalam sebuah HUAWEI nova 9 SE.


Tubuh Premium Dengan Warna Ceria

Tidak kira sama ada dalam atau luar, HUAWEI nova 9 SE didatangkan dengan pakej yang menarik. Ia tampak premium serta disulam dengan konsep warna yang sedap mata memandang. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Crystal Blue, Pearl White dan Midnight Black. Di samping itu, HUAWEI turut menunjukkan bahawa nilai kosmetik turut menjadi elemen penting apabila tubuhnya lengkap dengan idea dekorasi yang tampak eksklusif bagi menyerlahkan peranti ini. Turut melengkapinya adalah reka bentuk yang diinspirasi dari konsep orbit cincin pada modul kamera di bahagian belakang, jelas menyerlahkan lagi rekaannya. Gabungan berat dan diameter peranti yang seimbang turut sama menjadikan HUAWEI nova 9 SE begitu selesa dalam genggaman. Ini sangat sesuai untuk kegunaan dalam tempoh lama. Bagi yang bertanyakan lebih lanjut mengenainya, HUAWEI nova 9 SE memiliki berat sekitar 191 gram dan rekaan yang nipis, iaitu hanya setebal 7.94mm.


Jimat Banyak Masa Dengan Pengecasan SuperCharge 66W

Pernahkah anda mengalami satu keadaan yang mana anda merasa terganggu apabila terpaksa menunggu lama untuk mengecas peranti pintar? Dengan HUAWEI nova 9 SE, sudah tentu perkara ini dapat dielakkan. Ia dibekalkan bateri 4,000mAh dengan keupayaan pengecasan SuperCharge 66W. Menurut HUAWEI, peranti boleh dicas mencapai 60% dalam hanya 15 minit, kemudian pengecasan penuh 100% pula boleh dilakukan dalam hanya 36 minit. Bayangkan, anda baru bangun tidur dan meninggalkan HUAWEI nova 9 SE sebentar untuk proses pengecasan. Kemudian setelah selesai mandi, baterinya sudah penuh. Seronok bukan? Masakan tidak, di sini sememangnya sudah menjimatkan banyak masa!


Perisian Memudahkan Urusan Seharian

Tidak habis disitu, HHUAWEI nova 9 lengkap dengan EMUI 12 yang sudah semestinnya pengalaman cukup lancar boleh dinikmati melaluinya. Dengan ekosistem baharu daripada HUAWEI pada pelancar ini, kini anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan efisien. Misalnya, anda boleh menggunakan ciri Super Device yang memudahkan tambatan pantas berbilang peranti dibuat menerusi fungsi bluetooth. Seterusnya, fungsi HUAWEI Multi-Screen Collaboration yang memudahkan proses pemindahan fail atau aplikasi secara drag & drop merentasi pelbagai produk – seperti komputer riba, pc, tablet dan telefon pintar yang dilengkapi fungsi NFC. Lebih menarik, HUAWEI nova 9 SE turut membolehkan proses perkongsian segala data dan fail dengan hanya satu klik. Mudah dan pantas bukan? Zaman bila lagi yang memerlukan pengunaan kabel yang berselirat? Tidak perlu lagi.


Aplikasi Kegemaran Kini Di Hujung Jari

Kalau dulu isu melibatkan HUAWEI AppGallery sering diperkatakan, namun paling hangat dibincangkan adalah mampukah ia menyediakan pengalaman penggunaan yang baik. Jawapannya adalah boleh. Ia sama sekali telah ditambah baik dengan pelbagai manfaat yang berguna buat pengguna. Malahan, kebanyakan aplikasi popular di Malaysia, kini turut terdapat di AppGallery. Anda boleh sahaja memuat-turun aplikasi popular seperti Shopee, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab Superapp, Maybank2u MY, TikTok dan pelbagai lagi. Pendek kata sebenarnya tiada masalah kekurangan aplikasi ini sekiranya anda ingin berjinak-jinak dengan peranti HUAWEI.

Huawei AppGallery

Lebih menariknya lagi, anda juga boleh menikmati sejumlah promosi dan kod baucar menarik yang ditawarkan secara eksklusif oleh rakan kongsi HUAWEI di aplikasi ini. Ini termasuklah baucar Watson bernilai RM10, baucar Tealive bernilai RM7, kredit parkir bernilai RM30 daripada Flexi Parking dan banyak lagi!


Jadi, jangan tunggu lagi. Jadilah antara yang terawal mendapat HUAWEI nova 9 SE yang lengkap dengan pelbagai ciri menarik ini. Peranti pintar ini ditawarkan pada RM1,099 untuk sebuah. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian HUAWEI, Lazada, Shopee dan pengedar sah HUAWEI di seluruh Malaysia. Sila layari laman web rasmi HUAWEI Malaysia untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai produk dan promosi yang ditawarkan.

Beli dari Shopee: HUAWEI nova 9 SE
Beli dari Lazada: HUAWEI nova 9 SE
Beli dari laman rasmi HUAWEI : HUAWEI nova 9 SE
Beli dari HUAWEI Experience Store : HUAWEI nova 9 SE

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami