Lomogography Melancarkan Kit Mengimbas Filem DigitaLIZA+ Dan DigitaLIZA Max 

Diterbitkan pada Mac 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kepopularan telefon pintar menyebabkan jualan kamera analog semakin merosot dengan syarikat besar seperti Canon telah menghentikan pengeluaran kamera filem mereka. Tetapi masih wujud peminat fotografi filem khususnya pengguna kamera Lomography. Untuk memudahkan gambar filem yang diambil disimpan dalam bentuk digital, kit imbasan filem Lomography  DigitaLIZA+ and DigitaLIZA Max telah dilancarkan.

Kit imbasan mempunyai tempat pemegang filem bersaiz 35mm, 120mm dan 127mm. Imbasan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar ataupun kamera digital. Terdapat lampu di bawah bahagian bawah tapak pemegang filem.

Perbezaan antara kedua-dua model ialah DigitaLIZA Max dilengkapi tangkai pemegang untuk telefon pintar. Harga jualan Lomography DigitaLIZA+ ialah $75 (~RM314) sebuah dan  DigitaLIZA Max pula ialah $100 (~RM418).

komen


© Amanz / 2022 Kami