Paparan Apple Studio Display Boleh Digunakan Bersama Windows

Diterbitkan pada Mac 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah pun melancarkan panel paparan mereka tersendiri dinamakan Apple Studio Display pada minggu ini, dimana ia hadir dengan paparan resolusi tinggi untuk memudahkan penyuntingan.

Walaupun pada laman rasmi, Apple menyatakan ia menyokong komputer Mac dan juga iPad. Namun, melalui perkongsian bersama The Verge, Apple turut mengatakan ia patut berfungsi tanpa masalah ketika digunakan bersama komputer Windows.

Kamera terbina pada panel berkenaan juga boleh digunakan seperti monitor biasa, disamping sokongan seperti speaker.

Namun, beberapa ciri masih eksklusif untuk platform Apple, termasuk seperti Center Stage yang boleh memfokuskan kepada pengguna ketika dalam panggilan video.

Di Malaysia, Apple Studio Display bersaiz 27-inci dengan paparan resolusi 5K ini dijual pada harga bermula RM6999.

komen


© Amanz / 2022 Kami