AWS Umum Kerjasama Bersama Kerajaan Malaysia Untuk Inovasi Sektor Awam

Diterbitkan pada Mac 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian baharu untuk Persetujuan Rangka Kerja Awanan bersama kerajaan Malaysia.

Dengan langkah ini, ia dijangka mempercepatkan penggunaan awanan di sektor awam, selain pada masa yang sama membantu agensi menjimatkan kos, meningkatkan kemahiran digital, dan memacu inovasi.

Dengan langkah ini juga, pelbagai agensi kerajaan di Malaysia boleh mengakses dan menggunakan perkhidmatan AWS tanpa perlu melalui perbincangan berasingan untuk kontrak dan terma. Langkah ini juga akan memudahkan lagi implementasi pelbagai perkhidmatan awanan dengan pantas berbanding sebelumnya.

AWS pada hari ini sedia digunakan oleh beberapa institusi besar di Malaysia, termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi, Petronas, Storehub, dan juga Smart Selangor Delivery Unit. Sebelum ini, pihak Jabatan Statistik Malaysia turut telah beralih ke AWS pada 2020 lepas.

komen


© Amanz / 2022 Kami