Carian
Signal Sedang Membangunkan Ciri “Stories” Pada Aplikasi Permesejan
March 10, 2022 Aman

Signal, salah satu perkhidmatan permesejan popular, kini turut sedang membangunkan ciri “Stories” – membolehkan pengguna melakukan perkongsian yang terpadam secara sendiri selepas 24 jam.

Untuk makluman, ciri seumpama ini sedia diperkenalkan pada sejumlah platform – termasuk WhatsApp sendiri melalui apa yang dinamakan sebagai WhatsApp Status.

Melalui kod pembangunan pada Signal, ia dilihat akan membolehkan pengguna untuk mengawal siapa yang boleh melihat “Stories” berkenaan, selain turut membolehkan penonton untuk berinteraksi dengan menghantar emoji atau mesej.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat pembangunan. Kita mungkin melihat ia hadir pada Signal tidak lama lagi.

Komen