Carian
Realme 9 SE 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 778G Dan Skrin 144Hz
March 10, 2022 Effi Saharudin

Satu lagi model dalam siri Realme 9 telah dilancarkan di India hari ini. Realme 9 SE 5G ialah model ke lima dalam siri ini dan perubahan yang dilakukan adalah agak menarik. Menurut Realme, huruf SE adalah singkatan untuk Speed Edition. Skrin 6.6″ LCD yang digunakan menyokong kadar segar semula 144Hz dan dipadankan pula dengan cip Snapdragon 778G, memori sehingga 8GB, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan 30W sahaja.

Kamera utama pula menggabungkan sensor 48+2+2 MP dan kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Tiada sokongan zum optikal ataupun lensa sudut ultra lebar diberikan. Peranti ini walau bagaimanapun menggunakan sistem operasi Android 12 dengan pelancar Realme UI 3.0. Ciri lain pada peranti ialah speaker mono dan bicu audio 3.5mm.

Di India Realme 9 SE 5G ditawarkan pada harga ₹19,999 (~RM1096) untuk model 6/128GB dan ₹22,999 (~RM1261) untuk model 8/128GB dalam pilihan warna Starry Glow atau Azure Glow.

Komen