5 Sebab Siri Xiaomi 12 Bakal Memenuhi Cita Rasa Peranti Premium Anda

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap individu akan mempunyai jenama telefon pintar pilihan mereka yang tersendiri. Xiaomi juga adalah antara jenama yang tidak asing lagi dalam industri telefon pintar yang kita tahu sering menawarkan spesifikasi yang akan memenuhi permintaan dan keperluan pengikutnya.

Malah, Xiaomi juga telah membawa masuk siri Xiaomi 12 ke pasaran Malaysia untuk penggemar peranti mercu keluaran mereka. Oleh itu, bagi anda yang tertanya-tanya tentang apa yang menarik pada siri telefon pintar ini, dibawah merupakan sebab-sebab mengapa siri Xiaomi 12 ini bakal memenuhi cita rasa peranti mercu premium yang anda inginkan.

1. Telefon Pertama Xiaomi Dengan Tri-Kamera 50MP

Pada zaman sekarang, keupayaan kamera merupakan antara komponen yang penting pada sesebuah telefon pintar selain spesifikasinya. Ia juga merupakan antara faktor utama yang akan mempengaruhi seseorang untuk membelinya. Kebanyakan peranti mercu zaman ini sering dilengkapi dengan sokongan tri-kamera utama.

Menariknya pada siri Xiaomi 12 kali ini, Xiaomi 12 Pro dilengkapi dengan tri-kamera utama yang menggabungkan lensa 50MP untuk ketiga-tiga kameranya. 50MP untuk rakaman sudut lebar Sony IMX707, 50MP untuk lensa ultra-lebar seluas 115 darjah, dan juga 50MP untuk sokongan telefoto. Melalui sokongan ini, ia membolehkan anda untuk merakamkan video beresolusi 8K dan juga 4K HDR 10+. Manakala kamera swafotonya pula ditawarkan dengan lensa 32MP dengan keupayaan merakam video 4K HDR10+.

Jika inginkan model Xiaomi 12 yang biasa pula, kameranya dilengkapi dengan gabungan lensa 50MP+13MP+5MP bersama kamera hadapan 32MP. Melalui sokongan kamera pada kedua-dua model ini, anda boleh menikmati pelbagai jenis fungsi rakaman menarik. Antara fungsi yang ditawarkan adalah Xiaomi ProFocus, One-Click AI Cinema, Ultra Night Video dan banyak lagi yang membantu anda untuk menghasilkan rakaman dalam apa jua situasi pencahayaan, samada kurang atau terlebih cahaya.

2. Rekaan Yang Sedap Dan Selesa Dipegang Ditangan

Telefon pintar ini ditawarkan dengan rekaan yang nipis dan selesa digenggam. Bagi Xiaomi 12 Pro, ia ditawarkan dengan rekaan skrin 6.73 inci bersama lengkung 3D. Manakala bagi Xiaomi 12 yang biasa, ia membawakan rekaan skrin 6.28 inci dengan keluasan 69.9mm. Kedua-dua model ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu kelabu, ungu dan juga biru.

Paparan bagi Xiaomi 12 adalah jenis AMOLED Dot Display yang telah diiktirafkan sebagai gred A+ daripada DisplayMate. Menurut Xiaomi juga, skrinnya ini menyokong teknologi Dolby Vision bersama TrueColor dan berupaya untuk memaparkan sehingga 68 ribu warna yang jitu serta mampu menawarkan pewarnaan yang tepat dan kelihatan lebih semulajadi.

Selain skrin yang baik, model Xiaomi 12 Pro juga dilengkapi dengan empat pembesar suara yang turut menyokong SOUND BY Harman Kardon dan dikuasakan dengan audio Dolby Atmos. Dengan sokongan ini, bermain permua, mendengar lagu atau menonton video juga akan jadi lebih menyeronokkan kerana siri Xiaomi 12 mampu memberikan audio yang lebih mendalam dan mengasyikkan.

3. Spesifikasi Mercu Yang Meningkatkan Keseronokan Penggunaan Peranti

Siri Xiaomi 12 kali ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Generasi 1 yang mana menurut Xiaomi siri telefon pintar terbaru ini berpotensi menjadi penanda aras bagi telefon pintar dengan teknologi cip pemprosesan 4nm yang canggih untuk telefon-telefon pintar yang akan datang. Melaluinya, anda boleh menikmati sokongan grafik 30% lebih baik dan penggunaan bateri yang lebih efisien sehingga 25% daripada generasi sebelumnya.

4. Dikuasakan Dengan Teknologi Pengecasan Pantas 120W Xiaomi HyperCharge

Jika anda penggemar peranti mercu, tentunya kapasiti bateri dan teknologi pengecasannya juga akan menjadi antara faktor kepada pembelian anda. Bagi model Xiaomi 12 Pro, model ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 4,600mAh bersama teknologi pengecasan pantas 120W Xiaomi Hypercharge. Manakala bagi Xiaomi 12 pula disertakan dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 67W bersama pengecasan nirwayar turbo 50W. Dengan penawaran sebegini, anda boleh menikmati penggunaan peranti dalam tempoh masa yang lebih lama.

5. Berpeluang Menikmati Pakej VIP Yang Pertama Dari Xiaomi

Telefon pintar ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia. Sesi pra-tempah sudahpun bermula dan akan berjalan sehingga 23 Mac ini. Bagi model Xiaomi 12 Pro (12GB+256GB), anda boleh mendapatkannya pada harga RM3899 dan Xiaomi 12 (8GB+256GB) pula boleh dipratempah pada harga RM2999.

Bagi setiap pra-tempah ini juga anda akan menerima servis VIP untuk peranti mercu anda ini. Dibawah pakej VIP ini, anda akan menerima 1 gantian skrin secara percuma, 2 tahun jaminan peranti, 3 tahun naik taraf Android OS, dan juga 4 tahun untuk naik taraf sekuriti peranti.

Selain itu, anda juga turut berpeluang untuk menerima hadiah-hadiah eksklusif secara percuma bernilai RM2197 seperti Xiaomi Soundbar 3.1ch yang bernilai RM1499, jaminan peranti 1+1 tahun bernilai RM499 dan juga gantian skrin dalam masa 6 bulan selepas pembelian jika berlaku sebarang kerosakan skrin yang bernilai RM199. Oleh sebab itu, jangan tunggu lagi dan pra-tempah telefon pintar ini sekarang sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami