Cari @ Amanz

Rangkaian peranti boleh pakai Realme turut dikemaskini dengan pengenalan produk baharu menerusi Realme TechLife Watch S100 Black. Ia hadir dengan rekaan jam tangan bermuka segi empat bersama satu butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam.

Ia juga lengkap dengan paparan berwarna dengan saiz sebesar 1.69-inci yang beresolusi 240×280 piksel dan kecerahan puncak mencapai 530nits. Tubuhnya disulam dengan binaan logam yang turut diperakui penarafan kali air dan debu IP68. Ini sekaligus membolehkan Realme TechLife Watch S100 Black direka untuk ketahanan kali air dengan kedalaman maksimum 1.5 meter. Sambungan pantas menerusi bluetooth 5.1, di samping turut boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.

Melengkapinya adalah sejumlah sensor yang memfokuskan terhadap pemantauan kesihatan. Ini termasuklah sensor pemantauan kadar degupan jantung, ketepuan oksigen dalam darah, suhu pada kulit dan sebagainya. Turut disokong oleh jam tangan ini adalah 24 mod sukan yang pelbagai – termasuklah menari, berlari, berjalan dan banyak lagi.

Seterusnya, ciri dan fungsi asas lain yang turut menyokongnya adalah kawalan muzik, kebolehan mencari peranti pintar, akses pintas untuk kawalan kamera dan banyak lagi. Tersedia dengan kemasan berwarna hitam dan putih, Realme TechLife Watch S100 Black dijual pada Rs.2,499 (~RM137) untuk seutas.

Sumber : Realme India

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd