Anda Kini Boleh Guna Nearby Share Untuk Menghantar Fail Ke Lebih Banyak Peranti Serentak

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nearby Share adalah jawapan Google kepada AirDrop daripada Apple. Ia adalah ciri menghantar dan menerima fail secara nirwayar dan mempunyai proses penghantaran yang pantas dan memudahkan. Walaupun Google lewat menyertakan ciri ini, tetapi Nearby Share mempunyai lebih banyak fungsi menarik berbanding AirDrop.

Tahun lepas, Nearby Share mula menguji untuk kemampuan menghantar fail secara berkumpulan. Satu peranti boleh hantar fail ke banyak peranti serentak. Namun ini terhad untuk pengguna terpilih sahaja. Terkini, Google mula mengedarkan ciri ini secara lebih meluas kepada semua orang.

Animation of an Android phone using Nearby Share to send a scenic photo to multiple nearby Android friends.

Dengan ciri ini gambar, video, dokumen, pautan, audio dan banyak lagi fail boleh dihantar dengan lebih mudah. Hanya pilih fail yang ingin dikongsi, tekan kongsi dan pilih Nearby Share. Di tetingkap yang muncul, selepas pilih peranti pertama terus tekan peranti seterusnya dan tunggu pemilik peranti tekan terima untuk menerima fail-fail tadi.

Nearby Share boleh digunakan oleh semua pengguna Android dengan GMS bermula dengan Android 6 dan ke atas.

Sumber : Google Blog

komen


© Amanz / 2022 Kami